Lagu single Une_Année

Lagu single pertama dari album ini, "April 19th" dikeluarkan secara digital pada 19 April 2012.[2]

Lagu utama album ini, "Hush", dikeluarkan pada 9 Mei 2012.[3] Video muzik lagu ini dikeluarkan pada 8 Mei[4] dan video muzik latihan tarian dikeluarkan pada 14 Mei.[5] Versi Jepun untuk "Hush" kemudiannnya dimasukkan sebagai lagu sampingan dalam single Jepun Apink, "Mr. Chu". Promosi untuk "Hush" bermula pada 10 Mei 2012 dalam M! Countdown.[6]

Lagu single ketiga, "Bubibu", dikeluarkan secara digital pada 6 Julai 2012. Lagu ini dipilih melalui undian dalam talian yang dijalankan kumpulan ini melalui laman sesawang Mnet dimana mereka meminta peminat untuk memilih lagu untuk promosi susulan. Versi single ini adalah remix kepada versi album.[7]Lagu single keempat, "Cat", dikeluarkan tiga hari selepas lagu single ketiga, "Bubibu".

Rujukan

WikiPedia: Une_Année http://www.allkpop.com/2012/04/a-pink-releases-the... http://www.allkpop.com/2012/05/a-pink-releases-the... http://kpopseven.com/10645/a-pink-debuts-0419-and-... http://news.naver.com/main/read.nhn?mode=LSD&mid=s... http://www.soompi.com/2012/05/14/a-pink-releases-d... http://www.soompi.com/news/a-pink-releases-music-v... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/album.ga...